Wednesday, September 2, 2009

Dikesempatan Ini

Sudah dua bulan aku tidak meluangkan masa melakar ceritara kehidupan yang berlaku sepanjang tempoh ketiadaan aku disini. Aku terpaksa menghilangkan diri buat seketika dek kesibukan kerja yang tak pernah reda dan keresahan jiwa yang sentiasa mencuit-cuit aku perlukan sedikit ruang untuk menenangkan jiwa yang kelam dan kusam ini. Madrasah Ramadhan ini sedikit sebanyak telah mengubah hidup aku. Dari seorang yang tiada hala tuju kini aku sedar, berkat tarbiah bulan yang mulia ini aku lebih mengenali diri sendiri dan keperluan hidup ku yang singkat ini. Sekatan yang aku bina dulu dek keegoan untuk berkongsi suku duka kehidupan dengan insan lain sedikit sebanyak telah berjaya aku robohkan.

Aku akui dahulu aku adalah seorang yang sangat ego dan pentingkan diri sendiri. Aku seolah-olah menafikan kewujudan insan disekelilingku. Aku hanyut dalam duniaku sendiri dan pernah menyalahkan cara didikan sewaktu kecilku dahulu sehingga aku menjadi seorang manusia yang tidak begitu sensitif dengan apa yang terjadi di sekitarku. Terlalu banyak kisah duka menjadikan aku seorang manusia yang keras hati dan ragu- ragu akan keberadaan manusia disisi. Percanggahan perasaan yang aku alami antara rasa ingin bersendirian dan berteman sentiasa silih berganti membuatkan aku sentiasa berhati-hati untuk menerima kesudian insan lain mendekatiku.

Ramadhan kali ini memberi seribu satu makna pada diri ini dan biarlah makna itu menjadi rahsia hidupku. Aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk aku merasai ketenanagn dan kilau cahaya ramadani ini. Kesempatan singkat inilah sahaja dapat aku gunakan sebaik mungkin untuk aku merasai akan kesayuan dan kelazatan rasa nikmat ketengan itu yang telah lama aku inginkan . Kalau pun aku bergembira, ianya hanya bersifat sementara dan tidak mampu menjadi bibit bibit kenangan yang boleh aku ingati dan hargai. Semoga Ramadhan kali ini bukan Ramadhan yang terakhir..

Terima kasih Ramadhan

3 comments:

  1. pernah dgr x Semakin kita jauh dr Dia...semakin dekat Dia nk hampiri kita...Semakin kita nk hampiri dia..Semakin slow2 dia mnjauhkn dr dr kita...
    Syukur..Dia masih sayangkan abg...diberi peluang untuk kembali kepadaNYA..Diberi kesempatan untuk merasai hidayah dan petunjukNYA..Amin..SesungguhnNYA Allah swt tu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...amin

    ReplyDelete
  2. abg...syg rasa bukan bibik2 tp bibit-bibit kot eja yg btul....love you..

    ReplyDelete
  3. pentarbiyahan ramadhan sebaiknya diisi juga pada bukan bulan ramadhan..hehe

    ReplyDelete